Thursday 30 May 2013

URUTAN AWAL KEHAMILAN UNDANG RISIKO KEGUGURAN

Berurut sewaktu hamil boleh membantu melegakan sakit belakang, sengal-sengal bahu dan lenguh paha. Ia juga boleh memperbaiki mood dan membuatkan bakal ibu rasa bertenaga, segar dan relaks. Namun begitu, ramai doktor keberatan memberi saranan untuk berurut pada wanita hamil ekoran boleh membahayakan ibu dan janin dalam kandungan.

Bagi yang sudah terbiasa berurut, mungkin sukar meninggalkan rutin ini. Akan tetapi jika mahu meneruskannya ibu hamil perlu mengetahui bila usia kehamilan yang selamat untuk berurut dan bahagian tubuh yang tidak boleh diurut. Masa terbaik untuk pergi berurut atau ke spa ialah dalam trimester kedua. Pada masa ini alahan hamil telah pun berlalu dan bakal ibu sangat bertenaga. Ketika ini risiko keguguran atau kelahiran pramatang sangat jarang. Urutan tidak digalakkan pada awal kehamilan, iaitu apabila usia kehamilan kurang dari 12 minggu kerana ia boleh mendatangkan risiko keguguran.

Sesetengah spa juga menyarankan supaya wanita hamil tidak mendapatkan rawatan atau mengikuti kelas senaman sehingga usia kandungan mencecah sekurang-kurangnya 12 minggu kehamilan. Ada juga spa yang tidak menerima wanita yang hamil lebih daripada 32 minggu.

TIP KESELAMATAN KETIKA BERURUT
1. Maklumkan kepada tukang urut atau kakitangan spa mengenai usia kehamilan apabila menempah rawatan.
2. Untuk mendapat urutan yang terbaik, periksa dahulu sama ada tukang urut mempunyai pengalaman dan menyediakan perkhidmatan mengurut wanita hamil. Mereka juga dapat mengesyorkan kaedah urutan yang boleh dilakukan ketika sakit bersalin.
3. Ketika berurut maklumkan tukang urut sekiranya terdapat bahagian-bahagian badan yang terlalu sensitif dan tidak selesa ketika diurut.
4. Jika ke spa, elakkan rawatan p anas seperti sauna, bilik wap, memerangkap kulit, kolam air panas, tab panas dan jakuzi. Ini kerana peningkatan suhu badan boleh menjejaskan peredaran darah dan nutrien kepada janin dan menyebabkan masalah.
5. Minta losyen tanpa aroma jika anda sensitif semenjak hamil dengan bau tersebut. Juga perlu berhati-hati sekiranya anda merancang untuk diurut menggunakan minyak pati. Sesetengah minyak boleh membahayakan kandungan.

URUTAN TERBAIK BUAT IBU HAMIL

  • Urutan yangbbaik dapat merehatkan otot dan melancarkan peredaran darah dan cairan limfatik. Jika otot dan darah tidak berjalan lancar ia boleh menyebabkan pembentukan darah beku pada otot paha dan betis.
  • Minta tidak diurut terlalu kuat di bahagian otot paha dan betis, bimbang darah beku terbentuk tertanggal dan memasuki saluran darah. Serpihan darah beku ini akan membentuk thrombus yang boleh menyebabkan strok.
  • Urutan dibenarkan di bahagian tubuh yang lain kecuali bahagian perut. Ia boleh merangsang rahim untuk mengecut dan menyebabkan keguguran.
  • Urutan boleh menggunakan pelbagai teknik dan harus bersifat ringan walaupun menekan ke dalam otot menggunakan teknik 'urutan ke dalam tisu kulit'.
  • Kesalahan yang dilakukan oleh tukang urut yang tidak bertauliah ialah mereka menggunakan hujung kuku untuk menekan kedalam otot menyebabkan rasa sakit dan meninggalkan kesan pada badan. Cara ini tidak memberikan manfaat malah mendatangkan kemudaratan.
  • Bahagian sensitif yang perlu diurut secara berhati-hati adalah seperti pergelangan kaki dan pergelangan tangan. Urutan di bahagian ini akan merangsang otot-otot pada bahagian abdomen dan peivik terutama otot rahim untuk mengecut dan menyebabkan keguguran.
  • Jika anda mengalami sakit dibahagian abdomen ketika sedang mengurut seolah-olah mahu melahirkan, segera beritahu pengurut agar berhenti segera dan dapatkan rawatan doktor.

No comments:

Post a Comment