Thursday 30 May 2013

URUTAN AWAL KEHAMILAN UNDANG RISIKO KEGUGURAN

Berurut sewaktu hamil boleh membantu melegakan sakit belakang, sengal-sengal bahu dan lenguh paha. Ia juga boleh memperbaiki mood dan membuatkan bakal ibu rasa bertenaga, segar dan relaks. Namun begitu, ramai doktor keberatan memberi saranan untuk berurut pada wanita hamil ekoran boleh membahayakan ibu dan janin dalam kandungan.

Bagi yang sudah terbiasa berurut, mungkin sukar meninggalkan rutin ini. Akan tetapi jika mahu meneruskannya ibu hamil perlu mengetahui bila usia kehamilan yang selamat untuk berurut dan bahagian tubuh yang tidak boleh diurut. Masa terbaik untuk pergi berurut atau ke spa ialah dalam trimester kedua. Pada masa ini alahan hamil telah pun berlalu dan bakal ibu sangat bertenaga. Ketika ini risiko keguguran atau kelahiran pramatang sangat jarang. Urutan tidak digalakkan pada awal kehamilan, iaitu apabila usia kehamilan kurang dari 12 minggu kerana ia boleh mendatangkan risiko keguguran.

Sesetengah spa juga menyarankan supaya wanita hamil tidak mendapatkan rawatan atau mengikuti kelas senaman sehingga usia kandungan mencecah sekurang-kurangnya 12 minggu kehamilan. Ada juga spa yang tidak menerima wanita yang hamil lebih daripada 32 minggu.

TIP KESELAMATAN KETIKA BERURUT
1. Maklumkan kepada tukang urut atau kakitangan spa mengenai usia kehamilan apabila menempah rawatan.
2. Untuk mendapat urutan yang terbaik, periksa dahulu sama ada tukang urut mempunyai pengalaman dan menyediakan perkhidmatan mengurut wanita hamil. Mereka juga dapat mengesyorkan kaedah urutan yang boleh dilakukan ketika sakit bersalin.
3. Ketika berurut maklumkan tukang urut sekiranya terdapat bahagian-bahagian badan yang terlalu sensitif dan tidak selesa ketika diurut.
4. Jika ke spa, elakkan rawatan p anas seperti sauna, bilik wap, memerangkap kulit, kolam air panas, tab panas dan jakuzi. Ini kerana peningkatan suhu badan boleh menjejaskan peredaran darah dan nutrien kepada janin dan menyebabkan masalah.
5. Minta losyen tanpa aroma jika anda sensitif semenjak hamil dengan bau tersebut. Juga perlu berhati-hati sekiranya anda merancang untuk diurut menggunakan minyak pati. Sesetengah minyak boleh membahayakan kandungan.

URUTAN TERBAIK BUAT IBU HAMIL

  • Urutan yangbbaik dapat merehatkan otot dan melancarkan peredaran darah dan cairan limfatik. Jika otot dan darah tidak berjalan lancar ia boleh menyebabkan pembentukan darah beku pada otot paha dan betis.
  • Minta tidak diurut terlalu kuat di bahagian otot paha dan betis, bimbang darah beku terbentuk tertanggal dan memasuki saluran darah. Serpihan darah beku ini akan membentuk thrombus yang boleh menyebabkan strok.
  • Urutan dibenarkan di bahagian tubuh yang lain kecuali bahagian perut. Ia boleh merangsang rahim untuk mengecut dan menyebabkan keguguran.
  • Urutan boleh menggunakan pelbagai teknik dan harus bersifat ringan walaupun menekan ke dalam otot menggunakan teknik 'urutan ke dalam tisu kulit'.
  • Kesalahan yang dilakukan oleh tukang urut yang tidak bertauliah ialah mereka menggunakan hujung kuku untuk menekan kedalam otot menyebabkan rasa sakit dan meninggalkan kesan pada badan. Cara ini tidak memberikan manfaat malah mendatangkan kemudaratan.
  • Bahagian sensitif yang perlu diurut secara berhati-hati adalah seperti pergelangan kaki dan pergelangan tangan. Urutan di bahagian ini akan merangsang otot-otot pada bahagian abdomen dan peivik terutama otot rahim untuk mengecut dan menyebabkan keguguran.
  • Jika anda mengalami sakit dibahagian abdomen ketika sedang mengurut seolah-olah mahu melahirkan, segera beritahu pengurut agar berhenti segera dan dapatkan rawatan doktor.

Wednesday 29 May 2013

TIADA HAID GANGGU OVULASIMU

Haid merupakan simbol kewanitaan. Biasanya wanita akan mengalami haid setiap bulan. Ia membuktikan bahawa sistem peranakannya dalam keadaan baik dan seseorang wanita itu sihat. Walaubagaimanapun, ada wanita yang tidak pernah mengalami haid sepanjang hidupnya.

Haid adalah satu keadaan fisiologi yang tetap dan teratur yanh dialami oleh setiap wanita. Fungsi kitaran haid ialah untuk menghasilkan ovum yang matang dari ovari. Ia juga menyediakan lapisan dalam rahim untuk penempelan embrio. Proses haid akan membuang keluar darah, mukus dan sel-sel yang sudah mati apabila tidak berlakunya persenyawaan.

Purata umur awal haid adalah 12 hingga 13 tahun namun ia boleh berlaku antara 8 hingga 16 tahun. Pelbagai faktor mempengaruhi kehadiran dan kitaran haid, contohnya keturunan, pemakanan dan kesihatan secara keseluruhan. Kitaran haid juga berbeza bagi setiap individu dengan beberapa kitaran pendek dan sesetengan kitaran lebih panjang.

PERSOALAN BIASA TENTANG HAID
Gejala di atas disebut sebagai amenorrhoea atau ketiadaan haid. Ia adalah hak yang biasa atau normal sekiranya gadis yang masih di peringkat pra pubertal, hamil atau putus haid disebabkan sudah mencapai peringkat menopaus. Terdapat dua keadaan amenorrhoea iaitu primary amenorrhoea dan secondary amenorrhoea.

1. PRIMARY AMENORRHOEA

  • Ia diambil kira di kalangan anak-anak gadis yang berumur 14 tahun jika tiada ciri-ciri seksual sekunder. Namun ia boleh ditangguhkan sehingga usia 16 tahun jika ciri-ciri lain berkembang secara normal. Di antara ciri-ciri seksual sekunder ialah bentuk tubuh dan pembesaran payu dara, tumbuhnya rambut pada kemaluan dan bulu di bahagian ketiak.
  • Bagi anak-anak gadis yang tergolong dalam kumpulan ini, hormon yang ada dalam tubuhnya tidak cukup untuk memulakan haid. Adalah dicadangkan agar gadis tersebut mendapatkan nasihat pakar apabila tidak mengalami haid selepas usia 16 tahun. Primary amenorrhoea adalah sangat jarang berlaku berbanding Secondary amenorrhoea. Di Amerika Syarikat sendiri puratanya adalah 0.3% dan 4% sahaja.
2. SECONDARY AMENORRHOEA
  • Secondary amenorrhoea ialah situasi ketiadaan haid di kalangan wanita yang tidak hamil. Sebelum ini mereka mempunyai haid yang normal. Namun seseorang wanita itu dikategorikan mengalami secondary amenorrhoea apabila tidak didatangi haid untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga kitaran haid. Wanita yang kekurangan haid selama enam bulan juga tergolong dalam kategori ini.
BAGAIMANA DAN MENGAPA PRIMARY AMENORRHOEA BERLAKU??
Untuk memudahkan pemahaman dan tujuan penyiasatan, ia boleh dikategorikan mengikut hadir atau tidak perkembangan normal ciri-ciri seksual sekunder.

KEHADIRAN CIRI-CIRI SEKSUAL SEKUNDER
  • KELEWATAN BIASA
Doktor akan bertanyakan tentang umur haid gadis tersebut. Pembesaran buah dada, pertumbuhan rambut dibahagian kemaluan dan ketiak adalah tururtan ciri-cirir seksual sekunder. Dalam tempoh ini, pesakit dinasihatkan bersabar menunggu kehadiran haid yang merupakan tahap terakhir akil baligh.

  • KERENCATAN PERKEMBANGAN ORGAN KELAMIN
Antara contohnya ialah selaput dara yang gagal berkembang (imperforate hymen) atau ketiadaan faraj adalah antara punca masalah ini berlaku. Gadis-gadis ini akan merasai kesakitan dan ada juga yang perutnya mengembang disebabkan tiada laluan darah haid yang terbentuk dari rahim. Dengan kata lain, aliran arah yang tersumbat.


  • KECACATAN GENETIK (TESTIKULAR FEMINASATION)
Ia adalah individu yang luarannya seperti gadis remaja biasa namun mereka tiada organ dalaman wanita. Ini disebabkan oleh kecacatan genetik pada kromosom X yang menyebabkan tubuh tidak dapat bertindak balas terhadap hormon yang menghasilkan penampilan lelaki. Akibatnya fizikal luarannya membentuk ciri-cirir kewanitaan.

KETIADAAN CIRI-CIRI SEKSUAL SEKUNDER
Keadaan ini pula disebabkan oleh kerencatan atau kegagalan fungsi paksi otak. (hypothalamic failure atau hypothalamic-pituitary axis). Sebagai contoh, tekanan yang sangat teruk, penyakit kronik dan berat badan yang sangat rendah seperti yang dihidapi oleh pesakit anorexia nervosa.

Faktor lain ialah seperti kegagalan rembesan hormon-hormon tertentu yang menyebabkan penyakit seperti Kallman's syndrome, premature ovarian failure, 5-alpha reductase deficiency dan lain-lain.

FAKTOR PENYEBAB SECONDARY AMENORRHOEA
1. TIADA TANDA-TANDA ANDROGEN  BERLEBIHAN
  • Faktor fisiologi seperti kehamilan, menyusu dan menopaus
  • Kegagalan fungsi ovari, mungkin disebabkan kesan radioterapi atau kemoterapi
  • Mengambil kaedah perancang seperti implant atau suntikan Depot
  • Jisim badan sama ada terlalu rendah atau tinggi
  • Penyakit pituitari dan hyperprolactinaemia (disebabkan oleh kehadiran tumor atau dadah yang tertentu)
2. ADA TANDA-TANDA ANDROGEN BERLEBIHAN
  • Sindrom ovari polisistik (PCOS)
  • Sindrom Cushing
  • Barah kelenjar adrenal atau ovari
ADAKAH GEJALA INI BERKAITAN DENGAN TAHAP KESUBURAN SESEORANG WANITA??
Amenorrhoea boleh memberi kesan negatif kepada tahap kesuburan seseorang wanita. Ramai wanita yang mengalami Amenorrhoea turut mempunyai masalah ovulasi.

Friday 24 May 2013

TIADA LAGI PARUT! KULIT JADI SIHAT & CANTIK

Menyentuh tentang kecantikan, perkara yang paling mustahak dan paling diberi keutamaan ialah kulit yang cantik. Begitu juga dengan masalah parut akibat kemalangan ataupun mungkin juga bekas-bekas jerawat, tentu sekali membuatkan anda pening kepala memikirkannya. Kebanyakan kesan parut ini jugalah, ia menjadi perhatian orang lain dan boleh memalukan sehingga menjejaskan kualiti hidup seseorang.

APAKAH PARUT??
Parut wujud setelah berlaku kecederaan pada dermis kulit dan merangsang proses fibrosis dan menjadikan ia parut. Parut adalah sebahagian daripada proses penyembuhan luka dan ia terbentuk akibat penghasilan kolagen yang tidak seimbang di sekitar bahagian luka. Parut melalui pelbagai perubahan di sepanjang proses pematangan, namun ia adalah kekal secara semulajadi.

JENIS-JENIS PARUT

    • Keloid : Tisu parut keras, menonjol dan tidak teratur pada kulit yang sering kali membesar dari segi saiznya, melangkaui sempadan kecederaan asal. Ia sering kali terbentuk apabila kecederaan penyembuhan atau insisi pembedahan adalah tegang. Lama-kelamaan, ia boleh menjejaskan pergerakan seseorang.
    • Kontraktur : Jika kulit anda terbakar, anda mungkin akan mempunyai parut jenis ini yang menyebabkan kulit menegang dan menjejaskan keupayaan untuk bergerak. Parut kontraktur juga akan masuk jauh ke dalam dan memberikan kesan terhadap otot-otot serita saraf.
    • Parut hipertrofik : Parut merah dan mengelembung yang lebih kurang sama seperti keloid tetapi tidak melepasi sempadan kawasan yang tercedera.
    • Parut Atrofik : Ia terbentuk di lubang kulit dan akan menutup luka yang tertekan pada kulit. Parut ini sering dikaitkan dengan masalah jerawat dan boleh berlaku di mana-mana bahagian badan.
BAGAIMANA SET KECANTIKAN SHAKLEE BOLEH MENGHILANGKAN PARUT?? JOM KITA TENGOK

1. ENERGIZING SOY PROTEIN
  • Awet muda - Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • Kulit remaja - Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Membaiki pigmentasi - Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
2. VITA E COMPLEX
  • Anti penuaan - 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.
  • Memperbaiki parut - Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakanterus pada luka untuk mengurangkan kesan parut (mcm saya buat masker...hehhe).
3. VITA C
  • Memperbaiki simptom pendarahan - Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Mencantikkan kulit - Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat..

Thursday 23 May 2013

KEPUTIHAN BAHAYAKAN WANITA HAMIL


Wanita sering merungut apabila berhadapan dengan masalah keputihan terutamanya di kalangan mereka yang hamil. Perubahan hormon yang berlaku mengakibatkan peningkatan pengeluaran cecair di vagina serta penurunan pH. Ketidakseimbangan hormon adalah punca terjadinya simptom keputihan. Bagi ibi-ibu mengandung, ia adalah situasi yang normal apabila cecair yang keluar jernih dan berwarna sedikit kekuningan serta likat, menyerupai lendir yang keluar tanpa bau atau kegatalan.

Bagaimanapun, sekiranya lendir tersebut mengeluarkan bau, gatal serta perit sewaktu membuang air kecil ditambah dengan warna yang bertukar sedikit kehijauan atau bercampur dengan darah, maka ia adalah penyakit sekali gus memudaratkan kesihatan si ibu dan janin. Pemeriksaan awal perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Keputihan juga banyak dikaitkan dengan pengambilan makanan yang salah. Sesetengahnya mengatakan timun dan nenas adalah penyebab utama masalah ini dari terus berlaku. Hakikatnya, ia bukan seperti yang disangka. Tiada makanan tertentu yang boleh dijadikan punca kerana nenas diketahui kaya dengan vitamin C. Begitu juga dengan penggunaan pembersih vagina wanita yang dipercayai boleh mengelakkan masalah keputihan.

Sebenarnya, ia bukanlah penyelesaian malah mencetus gangguan terhadao bakteria normal yang wujud di dalam vagina. Meskipun bernama bakteria, namun ia masih diperlukan untuk menyeimbangkan pH vagina agar tiada kuman bahaya membiak di kawasan berkenaan sekali gus melepaskan diri ibu hamil dari keputihan

Penyakit ini perlu dirawat dan tidak wajar dipandang sebelah mata sahaja. Jika tiada perhatian yang khusus, maka kesihatan ibu dan janin pasti terjejas. Berikut adalah beberapa jenis masalah yang me
mbahayakan wanita hamil sekiranya mengalami keputihan yang tidak normal :-

CHLAMYDIA
Bayi boleh dilahirkan lebih awal dari jangkaan tarikh sebenar apabila masalah keputihannya dibawa oleh Chlamydia lantaran selaput ketuban yang pecah. Selain itu, ia juga boleh mengakibatkan keguguran malah lebih teruk lagi kehilangan nyawa ibu dan janin sekiranya tidak ditangani dalam kadar yang segera.

KUMAN HERPES SIMPLEKS
Bayi berisiko terkena penyakit radang otak (ensefalitis) apabila kuman Herpes Simpleks bercampur dengan keputihan. Jadi, periksalah kesihatan anda di peringkat awal agar penyakit berbahaya seperti ini dapat dielakkan.

CANDIDA ALBICAN
Kulat Candida yang menjangkiti cairan keputihan meningkatkan risiko terjadinya masalah epilepsi kepada bayi.

KUMAN HPV
Bayi boleh terganggu saluran pernafasan dan pencernaannya, malah lebih teruk lagi hilang nyawa apabila kuman HPV menjangkiti cairan keputihan ibunya.

NEISSEREA GONORRHOEA
Bayi berkemungkinan mengalami masalah buta apabila keputihan yang disebabkan oleh Neisserea Gonorrhoea menjangkitinya. Disebabkan itu, para ibu hamil harus lebih berhati-hati dan peka terhadap perubahan yang berlaku ke atas diri mereka. Risiko bahaya boleh dikurangkan sekiranya langkah pencegahan dan pemeriksaan telah dilakukan dari awal.

LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH KEPUTIHAN :-
1. Elakkan menggunakan sabun wangi untuk mencuci vagina kerana ia boleh mengakibatkan alahan. Begitu juga dengan 'pantyliner' biasa yang dihasilkan dari kertas guna semula dengan bauan bunga-bunga segar.  Cara yang paling mudah dan berkesan adalah dengan menggunakan air suam yang bersih sahaja. Cukup dengan itu kerana vagina anda lebih terpelihara kebersihan dan kesihatannya.

2. Setiap kali membuang air kecil atau besar, pastikan vagina sentiasa berada dalam keadaan yang kering dan bersih. Dalam masa yang sama, gunakan seluar dalam yang diperbuat dari kapas dan jangan sekali-kali memakainya jika ia lembap.

3. Jauhi tabiat menyembur air terus ke dalam vagina sewaktu mandi atau membuang air kecil. Perbuatan seperti hanya mengganggu keseimbangan flora bakteria di dalam vagina sekali gus mengakibatkan jangkitan.

4. Usah sekali-kali manabur bedak keatas seluar dalam yang ingin digunakan semata-mata beranggapan ia mampu mengharumkan vagina. Debu-debu yang menyelinap masuk ke dalam kemaluan hanya akan merosakkan sistem peranakan anda.

5. Amalkan diet dari sumber bakteria baik seperti yogurt, susu kultur, sayuran hijau, serta bendi. Paling tidak, satu minggu sekali yang mana tujuannya adalah untuk menguatkan daya tahan badan.

6. Adalah digalakkan pengambilan multivatamin bagi anda yang hamil untuk kebersihan dan kesihatan dalaman juga secara tidak langsung untuk kesihatan dan perkembangan bayi yang sihat

DAPATKAN SEGERA SET KEHAMILAN SHAKLEE DEMI KESIHATAN ANDA DAN JUGA KANDUNGAN ANDA DENGAN HARGA YANG ISTIMEWA!!!

*PM KB 0172877675 UNTUK DAPATKAN SET KEHAMILAN SHAKLEE

Sunday 12 May 2013

GASTRIK???

Saya pernah mengalami gastrik, saya percaya dan yakin bahawa ramai dikalangan kita diluar sana juga mengalami masalah yang sama seperti saya...jgn ambil ringan dengan masalah gastrik ini kerana jika tidak dicegah akan menjadi kanser...betul ke?? ok, jom kita tengok apa penyebab berlakunya gastrik dan tanda-tanda seseorang akan mengalami gastrik.




Ulser peptic ditakrif sebagai luka kecil yang terjadi di bahagian usus, selalunya di bahagian duodenum (dipanggil duodenal ulcer) ataupun perut (dipanggil gastrik ulcer). Ulser ini selalunya bening (tidak menyebabkan berlakunya kanser). Bagaimanapun peratusan kecil ulser ini  boleh menjadi malignant (akhirnya menyebabkan kanser).

Apakah yang menyebabkan terjadinya penyakit ini?  Penyakit ini dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin di dalam usus. Pengeluaran asid yang berlebihan menyebabkan terjadinya ulser. Bagaimanapun, pada tahun 1982, dua orang saintis Warren dan Marshall telah mengaitkan bakteria Helicobacter Pylori (lebih biasa dikenali sebagai H.pylori) dengan ulser. Didapati sehingga 80% ulser gastrik disebabkan oleh bakteria ini. Bakteria ini boleh hidup dalam keadaan yang berasid tinggi kerana ia boleh mengeluarkan sejenis enzim yang meneutralkan asid tersebut.

Antara faktor- faktor yang mempengaruhi penyakit ini adalah :-

> pengambilan ubat-ubat tahan sakit seperti aspirin, brufen dan sebagainya. Kumpulan ubat dari jenis NSAID (non-steroidal anti-infammatory drugs) ini boleh menyebabkan atau memburukkan lagi ulser yang dihidapi.

> orang yang lebih tua, berusia 50 tahun ke atas. Ini mungkin kerana mereka lebih kerap mengambil ubat tahan sakit untuk penyakit arthritis (sakit sendi) atau sebab-sebab lain.

> penyakit tertentu seperti Crohn's Disease dan Zollinger-Ellison Syndrome.

> hal-hal yang berkaitan dengan reflux, kecederaan pada proses ini boleh menyebabkan asid bila masuk ke dalam perut dan menipiskan lapisannya. Pada orang tua pula, Pylorus boleh merenggang, menyebabkan kejadian yang sama berlaku.

> orang yang berdarah jenis A

> pengambilan kefein dan alkohol berlebihan

> perokok

> pemakanan yang tidak tersusun/terurus

> stress (tekanan) secara tidak langsung boleh mempengaruhi penyakit ini.

TANDA-TANDA :-
pesakit akan mengalami satu atau lebih tanda-tanda seperti :-

> sakit perut dan rasa tidak hadam makanan. Sakit perut selalunya dirasai dibahagian atas perut.

> rasa pening kepala

> mengalami angin. Terasa sakit dibahagian ulu hati. Sendawa dan kentut yang kerap

> muntah-muntah

> badan rasa lemah lesu

> berat badan menurun

> najis menjadi hitam atau gelap ( kerana ia sebati dengan darah).

LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH ANDA LAKUKAN :-

> makan yang kerap

> rehat yang lebih

> jauhkan daripada perkara-perkara yang boleh mempengaruhi terjadinya atau memburukkan lagi ulser

> pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis, brokoli harus ditambah.nSulfur membentuk glutathione yang melindungi lapisan perut

>

Saturday 11 May 2013

SET KECANTIKAN BASIC SHAKLEE

Kulit kusam??jerawat??liang pori terbuka??kulit berminyak?? Semua masalah tu pernah saya alami dulu. Sekarang tidak lagi...Jom tengok panduan untuk mendapatkan kulit yang cantik berseri  :-

> minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari

> lengkapkan diri dengan pengambilan vitamin yang memelihara kulit dan badan

> mengamalkan pengambilan vitamin C dengan bioflavonoids membantu menjadikan kulit lebih cerah dan menyekat pembentukan pigmen

> Vitamin E yang secukupnya akan membantu melewatkan penuaan, mengurangkan kedutan dan bintik penuaan

> Vitamin B Complex penting bagi menangani stress dan membantu menjadikan wajah berseri

> asid lemak omega 3 & 6 mengawal lembapan kulit

> asid amino L-Cystein, memberikan kulit yang sihat, muda dan anjal

> pengambilan zink yang cukup pula akan membaikpulih kulit dan sel-sel yang rosak

Bagaimana cara untuk mendapatkan set produk shaklee ni?? saya ada jawapannya...hanya sms ke no 0172877675

APAKAH KHASIAT VITAMIN-E SHAKLEE??

Vitamin E Shaklee menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia" sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan Vita-E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian mengesyorkan bahawa Vita-E dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui, bahawa Vita-E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit....wow!!! banyak tu....

Vitamin E Shaklee juga merupakan dietary suplement dimana ia adalah merupakan :-

a) Salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular

b) Memeperbaiki peredaran darah yang mana perlu untuk memperbaiki tisu dan sangat berguna dalam rawatan "pemenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.

c) Memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan

d) Mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecedaraan atau jerawat

e) Mengurangkan tekanan darah

f) Membantu dalam pencegahan penyakit katarak

g) Meningkatkan prestasi atlit dan mengendurkan otot kaki dan kekejangan

h) Boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki

i) Mengekalkan kesihatan saraf dan otot

j) Membantu dalam menguatkan dinding kapilari

Sayangilah diri dan kesihatan anda...berminat boleh pm saya ke no 0172877675... harga berpatutan akan diberikan kepada sesiapa yang berminat...

APAKAH KHASIAT ESP???

Energizing Soy Protein (ESP) merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur-tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (GI) rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.

Antara kebaikan ESP adalah :-

1. Memeberikan kulit yang gebu & anjal kerana sumber proteinnya yang tinggi

2. Membantu menghilangkan parut

3. Membantu untuk menghilangkan rasa lapar iaitu diambil sebelum makan...tetapi jika diambil selepas makan, anda akan sentiasa nak makan mcm saya...hehehe...sesuai untuk menaikkan berat badan...kalau nak turunkan berat badan, makan ketika perut kosong iaitu sebelum makan..

4. Membekalkan tenaga segera kerana protein adalah satu sumber tenaga

5. Sangat-sangat membantu ibu yang menyususkan kerana ia membanyakkan lagi susu ibu

6. Menguatkan rahim & membekalkan sumber tenaga kepada ibu yang sedang hamil..

Berminat boleh hubungi saya 0172877675 (kb)...buatlah tempahan segera untuk kesihatan anda...