Friday 24 May 2013

TIADA LAGI PARUT! KULIT JADI SIHAT & CANTIK

Menyentuh tentang kecantikan, perkara yang paling mustahak dan paling diberi keutamaan ialah kulit yang cantik. Begitu juga dengan masalah parut akibat kemalangan ataupun mungkin juga bekas-bekas jerawat, tentu sekali membuatkan anda pening kepala memikirkannya. Kebanyakan kesan parut ini jugalah, ia menjadi perhatian orang lain dan boleh memalukan sehingga menjejaskan kualiti hidup seseorang.

APAKAH PARUT??
Parut wujud setelah berlaku kecederaan pada dermis kulit dan merangsang proses fibrosis dan menjadikan ia parut. Parut adalah sebahagian daripada proses penyembuhan luka dan ia terbentuk akibat penghasilan kolagen yang tidak seimbang di sekitar bahagian luka. Parut melalui pelbagai perubahan di sepanjang proses pematangan, namun ia adalah kekal secara semulajadi.

JENIS-JENIS PARUT

    • Keloid : Tisu parut keras, menonjol dan tidak teratur pada kulit yang sering kali membesar dari segi saiznya, melangkaui sempadan kecederaan asal. Ia sering kali terbentuk apabila kecederaan penyembuhan atau insisi pembedahan adalah tegang. Lama-kelamaan, ia boleh menjejaskan pergerakan seseorang.
    • Kontraktur : Jika kulit anda terbakar, anda mungkin akan mempunyai parut jenis ini yang menyebabkan kulit menegang dan menjejaskan keupayaan untuk bergerak. Parut kontraktur juga akan masuk jauh ke dalam dan memberikan kesan terhadap otot-otot serita saraf.
    • Parut hipertrofik : Parut merah dan mengelembung yang lebih kurang sama seperti keloid tetapi tidak melepasi sempadan kawasan yang tercedera.
    • Parut Atrofik : Ia terbentuk di lubang kulit dan akan menutup luka yang tertekan pada kulit. Parut ini sering dikaitkan dengan masalah jerawat dan boleh berlaku di mana-mana bahagian badan.
BAGAIMANA SET KECANTIKAN SHAKLEE BOLEH MENGHILANGKAN PARUT?? JOM KITA TENGOK

1. ENERGIZING SOY PROTEIN
  • Awet muda - Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • Kulit remaja - Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Membaiki pigmentasi - Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
2. VITA E COMPLEX
  • Anti penuaan - 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.
  • Memperbaiki parut - Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakanterus pada luka untuk mengurangkan kesan parut (mcm saya buat masker...hehhe).
3. VITA C
  • Memperbaiki simptom pendarahan - Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Mencantikkan kulit - Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat..

1 comment:

  1. sayang.. gambar tu macam kenal je... tp before and after tu bukan saya makan shaklee pun. saya pakai hiruscar. isk isk isk....

    ReplyDelete